KPI Pengedar Onexox

 

SYARAT TERBARU KELAYAKAN PENERIMAAN INSENTIF PATUH SHARIAH

Bersempena dengan tarikh 9 september 2016, pihak syarikat ONEXOX telah menerima sijil kepatuhan Shariah yang telah diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOX. Sehubungan pengiktirafan ini, SILA AMBIL MAKLUM bahawa syarikat telah mengenakan syarat terbaru bagi menggantikan pemansuhan topup peribadi RM30 untuk melayakkan penerimaan insentif kepada semua pengedar.

Pengedar-pengedar yang dihargai, keputusan mengenakan syarat baharu ini telah dibuat atas nasihat UZAR untuk memastikan cara pembayaran insentif tidak mencurigakan dan bersesuaian dengan tuntutan shariah iaitu mengenakan hibah (pemberian hadiah/insentif) bersyarat di mana pengedar-pengedar dikehendaki meneruskan kerja-kerja bagi menerima hibah.

Syarat adalah seperti berikut:

Semua pengedar yang didaftarkan sebelum atau pada 31 Ogos 2016:

Dalam tempoh 6 (enam) bulan pertama (pusingan sasaran pertama) bermula 1 September 2016 sehingga 28 Februari 2017:

  1. Pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran minima 100 (seratus) pengaktifan SIM berserta top-up minima RM5 setiap satu; ATAU
  2. Pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran jualan e-recharge (top-up) minima RM500 kepada pengguna-pengguna atau ke atas nombor DREG pengedar itu sendiri;

untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

 

Semua pengedar yang didaftarkan pada atau selepas 1 September 2016:

Bermula daripada baki hari dalam bulan semasa pendaftaran pengedar serta tempoh 6 (enam) bulan seterusnya (iaitu pusingan sasaran pertama), syaratnya adalah seperti pada butiran 1.i ATAU ii di atas untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

Dalam erti kata lain, setiap pengedar wajib mencapai sasaran minima yang sama bagi setiap pusingan 6 bulan untuk menerima insentif secara terus menerus.

 

Dengan ini, syarikat amat berharap agar semua pengedar dapat menerima syarat baharu ini dengan positif, mengambilnya sebagai garis panduan untuk menjana pendapatan yang boleh dibanggakan dan memanfaatkan platform perniagaan mampu milik ini sebaik mungkin. Semoga pengiktirafan kepatuhan shariah ini memberi anda lebih keyakinan terhadap produk ONEXOX serta halatuju syarikat dan secara langsung mempermudahkan aktiviti jualan anda di luar sana.

SOALAN:

Bagaimana cara termudah nak capai KPI pengedar Onexox?

JAWAPAN:

Sila faham. Pengiraan KPI adalah dalam tempoh 6 bulan dan BUKANNYA tempoh sebulan.
KPI yang paling mudah untuk dicapai adalah syarat ke 2 iaitu jualan erecharge (topup) minima RM500 dalam tempoh 6 bulan. Secara purata, komitmen jualan erecharge HANYA RM84 sebulan (termasuk topup diri). Mungkin bulan pertama dapat jual RM60, bulan kedua dapat jual RM70, bulan ketiga dapat jual RM90 dan begitulah seterusnya selama ENAM bulan.

SOLUSI:

Apabila anda daftar sebagai Subdealer dan dapat 5 keping simkad Onexox, anda perlu mulakan dengan promosi keluarga terdekat seperti suami, isteri, anak-anak, ibu, bapa, adik, kakak, abang dan jiran terdekat terlebih dulu. Kebiasaannya 5 keping memang tak cukup!

Jadi, anda hanya perlukan 3 orang sahaja. Jika mereka topup setiap seorang RM30, dah jadi RM90 sebulan(dah lebih dari RM84)! Ini belum termasuk topup diri sendiri lagi dan belum lagi termasuk topup untuk pengguna yang lain lagi. KPI ini amat mudah dicapai jika anda ikut panduan yang diberikan tadi. KPI ini menjadi sangat senang jika semua dalam keluarga guna Onexox.

 

KPI ini diadakan sebagai tanda komitmen anda kepada syarikat kerana dealer adalah sebahagian dari syarikat. Sebenarnya TIADA MASALAH KPI tetapi LEBIH MENGUNTUNGKAN DEALER UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

#KPI Pengedar Onexox