Simkad JDT Onexox

One XOX Sdn Bhd telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Persatuan Kelab Bola Sepak Johor (JDT) dan ini adalah pelan komunikasi pertama seumpamanya yang mampu merapatkan lagi hubungan penyokong JDT dengan kelab kesayangan mereka dan peminat JDT boleh mengetahui informasi terkini mengenai pasukan bolasepak JDT dengan lebih pantas dan terperinci. Serentak dengan perjanjian ini ONEXOX memperkenalkan satu pelan prabayar istimewa dipanggil “Southern Tigers Club Prepaid Starter Pack” di mana terdapat “ONEXOX’s USSD EASY MENU” yang boleh diakses secara luar atau dalam talian dengan mendail kod khas.

 

Pek permulaaan edisi terhad ini kini menjadi rebutan di kalangan penyokong JDT di seluruh negara kerana ia akan membuatkan mereka merasa lebih rapat dengan pasukan kegemaran mereka. Dapatkan Simkad Prepaid Super Jimat ONEXOX JDT Sembang Bola yang kini telah berada di pasaran. Kelebihan-kelebihan tambahan simkad JDT sembang bola Onexox adalah :

  1. Simkad JDT Sembang Bola mempunyai design yang sangat menarik dan elegan. Amat sesuai untuk penyokong setia JDT.
  2. Info pasukan JDT terus boleh diakses dengan hanya menggunakan USSD Easy Menu *150# dan menu ini hanya boleh digunakan oleh pengguna simkad JDT Sembang Bola sahaja.

Simkad JDT Onexox Sembang Bola hanya boleh didapati di pejabat Southern Tigers Sdn Bhd dan wakil pengedar Onexox yang sah sahaja. Dapatkan simkad JDT sembang bola eksklusif untuk koleksi peribadi anda sekarang juga.